-->

Wednesday, July 17, 2013

Soalan yang tak kan dilupakan untuk Pok Cik & abang teksi

                                                                Assalamualaikum

Tak tahu nak mula macam mana sebab aku sedang dilanda kebuluran sbb pagi tadi tak bangun sahur.padan muka sape suruh tak bangun sahur. ok sebanarnya bukan nak cerita pasal tak sahur tapi nak cerita pasal pak cik teksi atau abang atau macha atau uncle singh ,apek dan sebagainya.nak dijadikan cerita  pagi tadi kami pergi ke kolej menaiki teksi. Hal ini kerana pak cik bus kolej yg sangat lambat dan selalu lambat dengan kejam nya membuat kami menunggu beliau dalam keadaan hujan. Sejujurnya aku dan kawan-kawanku bukan lah bajet nak jadi puteri sbb tak boleh tunggu lama.tetapi mereka masing-masing ada sebab yg tersendiri.aku pun sama juga. memang dari dulu aku memang tak boleh kena hujan . sbb nanti secara automatic kepala aku akan terasa sakit.sakit yang tak boleh ditahan.lain lah kalau kepala kita ni boleh dibuka dan direpair mana-mana tempat yg sakit tu kan.

aku dah banyak kali terkena dengan pemandu teksi yg tak bertauliah ni. setiap kali aku lupa je soalan ni aku akan kerugian . terpaksa bayar lebih daripada jumlah harga yg sepatutnya.

tira : pak cik PICOMS batu muda Gombak..

pak cik : (diam)

tira : koperasi polis?

pak cik : (diam)

tira : kolej islam ?

pak cik : (angguk-angguk)

sekali dah naik..... bukan main jauh lg dia bawa kami.. dak pak cik tak mengguna kan jalan yg selalunya kami lalu .

acik kawanku : pak cik tau tak jalan ..?

selepas berdolak dalih. dak pak cik belagak macam tau rupa-rupanya dia juga sedang confuse..
ok sembang lebat tak payah .. meter pun dah jalan dgn laju .makin mahal . kolej pusrawi tak nampak-nampak. sobsob. dak pak cik pun tak tau..  akhir sekali kami gunakan jalan alternatif yg lain. dan sesampainya ke destinasi kami turun dengan wajah yg seolah-olah dah tertelan julap.sbb kena bayar lebih.

So as conclusion.. if uolls pun nak naik teksi jangan lupa sebut perkataan ni: (*Pak cik tahu tak jalan nak ke sinun.. ) if tak puas hati lagi cakap macam ni (*pasti ye pak cik.. pak cik pasti pak cik tahu.?)
ngehngeh.. sungguh serius soalan begini kan. . huhuhu


P/S: thanks kerana sudi membaca :)




Musuh tapi sayang

Assalammualaikum..

sebelum nak tido ni aku nak share sedikit tentang musuhku sejak dari kecil hingga dewasa . Siapa kah musuh si atira nie? .tak lain tak bukan.. abang aku. hehehe kejam kan ..abang dianggap musuh.Ish.. ish.. ish.. tak patut.. apa jenis hadik la aku ni.kalau lah dia terbaca ni.. memang macam ayam kena cekik la aku.hehehe jangan risau ye abang orang tak ngumpat kau pun. ok dalam family aku mmg bahasakan diri aku 'orang' atau 'adik' harap maklum hehe. apa lah dosa dia ngan kau tira.. hehehe . memang pun dia banyak dosa ngan aku. dia merupakan second last baby tua in my siblings.aku baby manje.. hee Puihh.. da ko knp plak gedik ni tira..huhu . Oh ye name! name dia So'od bin bongek. Ghahaha mandai-mandai je aku kan. name dia Muhammad Rabail . kesian abang aku dapat adik mcm ni.


                                                  Pirates of the Caribbean *Hi sy la lanun*

 mase kecik-kecik dulu dia selalu buli aku.

1.dia suka habiskan ice cream aku
2.pinjam duit tapi tak bayar
3.tak kasi aku join dia dan geng dia main  (eleh .. ingat orang heran ke abang sobsob:,(  )
4.rosakkan basikal aku ( ape la sangat  basikal 3 roda  kau tu tira.. >.< )
and banyak lagi tau.. umm cedey angat ati kite taw.grrrr... -_-'

sebenarnya dia bukan lah musuh ku yg aku anggap jahat.. (tira tak de musuh k.. kalau boleh memang tak nak ade musuh) ok abang aku ni walaupun aku menganggap dia musuh tapi aku sayang angat kat dia. Buktinya, tadi aku ternampak satu post kat facebook dari mamat mana ntah ,dia share tentang "seorang lelaki bunuh diri terjun banggunan di Dataran Pahlawan Melaka ".jantung aku berdegup kencang over than 80 beats per minute mengikut skala yg normal.(apakah poyoh ayat kau ni tira.huhu sahaja wa mengadaptasikan ape yg wa dah belajar )

ok kemudian aku klik kat gambar tu dan tengok dengan dekat sangat .boleh kate nak melekat biji mata aku kat skrin laptop ni.tak cukup dengan tu aku zoom. zooom.. untuk pastikan siapakah gerangan lelaki yg bunuh diri tu.tak puas hati lagi aku baca komen-komen kat bawah tu dengan tekun sampai bercantum kedua-dua kening . tak puas hati lagi aku trus online chat ngan dia.



tira: Salam abg ade dgr cite pasal lelaki bunuh diri tu? (aku bg link post tu)

Dak abang: Ade .. Nepal la tira   . *-_-'  hee nepal ea.. knp ngan aku ni..*

tira : ooh.. berderau jugak darah bila baca tadi. walaupun kite slalu gaduh orang syg tau kat kau.

Dak abang: Same la dgn abg ... =) *abg aku jd baik bila aku mula bersifat baik hati dgn nya >.< *

tira: klu ade ape2 masalah share je ngan adik beradik.. ape yg boleh tolong kami sume tolong. we all Love u so much <3 *tanpa disedari aku ni ambil berat juga pasal dia..*

Dak abang : Orite ..


Haih.. ini la kan yg tersebut dalam pepatah melayu kita "air yg dicencang tak kan putus" begitu lah adik beradik.. bergaduh besar macam mana pun pertalian darah tu tak kan putus *he yeke istilah aku ni..* So kesimpulan nya sayangilah adik beradik anda .

                                                   *adik yg baik hati.. emm nyomnyom..*


sekian....







                               *uaaarrgghh nantok da.. nak tidoh .jap lg nak bangus sahur*



P/S : terima kasih kerana sudi membaca .nak follow sila lah :)












Tajuk: xde tajuk /Suka hati korang la nak describe ape title entry ni

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalammualaikum wbt. firstly nak bagi tahu bahawasanya blog ini baru sahaja di sign up petang tadi. Yes, memang akulah blogger yg terlambat dan terkuno sekali.Sebenarnya suatu ketika dulu aku pernah mencipta satu blog . tapi disebabkan aku masih belum bersedia nak menulis jadi aku tinggal kan saja blog itu.Sebenarnya banyak perkara yg mendorong aku utk buat blog ni. Apa perkara tu nanti aku cerita lah . So nak dijadikan cerita aku bukak blog lame tu dan baca balik.. pergh sumpah kelakar tahap cipan sebab teserlah ketidakmatangan aku disitu. (So kali ni dah matang la ..) Hee insyaAllah . Ill try my best la jadi matang.muehehe byk la  ..

Ok bersambung balik citer tadi. lepas baca balik aku macam jd tak suka tengok blog tu aku pun buat la blog ni.. (hehe suka hati aku je kan nak suka tak nak suka) ok Sweet Sour .. ape yg sweet ape yg sour aku pun tak tau lah. ye la kan nak letak klasik-klasik angat tak boleh lorh.. macam blog terkenal  jejari manis jejari  runcing ke kan .. sebab jejari i tak macam diaorang. jari i tembam-tembam uollss.

Next, aku memang lah lemah sangat lemah dan melemahkan bab reka-mereka design-mendesign ni. Aku dan memberku hawa Shilla Amzah yg create nme blog ni.(sorry slh name.Shilla NurAiesyah sebenarnya .saje nak publisitas murahan.muehehe) . kami mencipta nama blog ni tak kurang dari 1 minit 25saat..  ececeh ntah betul ke tak tu. tapi lebih kurang la kan. Sepadan dgn nama blog yg agak simple-dimple ni. ok lah nakmo membebel panjang-panjang .So itu saja untuk entry pertama ni .Bubye!
                 


p/s: terima kasih kerana sudi membaca :)