-->

Wednesday, August 28, 2013

Wonderful experience in Ramadhan 2013 part 1

                                                       Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammualaikum w.b.t . Alhamdulillah aku terasa aman je sekarang ni , mungkin sbb barakah solat terawih di masjid kg baru td. Jadi aura yg baik tu dah follow aku balik hostel agaknya. Hari ni merupakan hari aku sambung semula puasaku di bulan ramadhan ni. kerana hari-hari yg sebelum nya tak boleh .Kenapa ? jgn nak buat taktau. hehe.



                                                                  Dah tiba masa...






                                                               Rasa tak menentu...



 Dan yg paling teruk lg... mengamuk tak tentu hala .Bahaya ni, rasa nak marah semua orang. Kesian orang yg tak salah. Sila jauhi saya ketika sy mengalami ini . ishishish :)









  Ok sembang lebat tak yah ar kan. Lepas aku solat fardu maghrib aku berdoa supaya semua urusan dan perjalananku untuk ke masjid kg baru tu dipermudahkan . ececeh macam lah jauh sangat kan. berapa meter je nak ke sana dari hostel aku.  Tapi kena doa la jugak kan, kat kg baru ko mcm la tak tau kan. sorang student farmasi kolej aku kena samun kat kg baru tu. Tak tau lah betul ke idak kan. teman nak berhati-hati je. malang bukan boleh berbau .Duk confident sgt berjalan sorang-sorang sekali parang kat leher. bawak pegi semak. Jangan buat pasai sorang boleh lah lawan. InsyaAllah Berbekalkan basic karate yg bapak aku dah ajar dan sedikit ilmu fisioterapi yg dituntut boleh la jugak buat pertahankn diri.Tapi sorang je lah . kalau dah dua tiga org.. hurm ke laut .Nauzubillah m.z  tak salah ponn doa kan . Kan lebih diberkati. Ok nak dijadikan cerita ,

Situasi dalam talifon :

 'tut... tut.. tut.. tut...

tyra : Hello, Aslkum akak nak pegi tak solat terawih tak ?
member : wlkumsalam , tak pe lah tak nak.. akak nak basuh baju. EH! tyra tak pegi ikut dorang ea?
tyra:  Gi ke mane kak?
member: dorang gi buka puasa sama -sama abg Rembo. (haha kelas kau jah abg Rembo)
tyra :oh ye, dorang ade ajak pg td.ok tapelah, bye. *grrrrrr!!! hari tu kate nak pegi macam yeye je (dalam hati)
member : Ok , bye.

mula-mula memberku taknak,baru nak tanya member yg lain baru teringat semua pergi berbuka sakan dgn abang Rembo. hehehe name sebenar aku tak tau lah . tapi dialah abg bus yg amek dan hantar kami ke sekolah. Eh sekolah pulak, ke kolej..  abg ni handsome giler, tapi dia kelakar dan sangat baik hati. Abg rembo selalu menghiburkan kami di dalam bus. dia tak pernah buat kami berhenti ketawa walau seminit pun. walaupun kami penat. kadang-kadang uolls kami da start letih and ingat nak tido sekejap dalam bus, tapi dengan lawak dia kami akan tertawa jugak  walaupun sedang tidur...


weee hehe kelakarnya

 So kat sini nak citer mmg aku kena pergi sorang-sorang lah kan. sebaik sahaja menikmati juadah bujang aku pun bersiap-siap dan pergi la turun ke bawah (kerana rumah saya ditingkat dua). setibanya aku dibawah aku tanya kepada mak guard.


tyra : makcik kalau sy terlambat atau terlebih sikit dari pukul 12 makcik boleh bukak kan pintu tak.saya solat kat masjid kg baru je *senyum lebar/senyum bodek*

dak makcik : tok buleh! tok kigho pegi solat ko gapo ko, pukul sebela memey mok cik tutuk pitu tu (kelate maghi tu)

kurang hasam nyer mak cik guard kan..  mak cik guard,pak guard atau kak guard majoriti memang macam tu. hehehe ade member aku yg kate dorang rasa dorang  polis .



Lain lah oppa ni.handsome .hati pun mesti baik punya  pun adui


kemudian,

tyra : hok aloh! gapo poyo sangak mok cik ni (kawe kecek daley hati jo...  campur  panta timur campur nogori sume ade. hehehe ) Ok takpe lah makcik.

  Daley perasae sedey..* Eh eh melakat pulok bhs klate ni. * aku pun pergi je dari pondok guard tu dan bertawakal sahaja. Aku hanya yakin yg Allah akan permudah kan semuanya.Memey betul pun aku jalan ok dan selamat sahaja .jalan-jalan sambil menyanyi lagu  'London bridge is falling down' *muka yakin .

 Sesampai je aku disana , mcm biasa susun selipar . Mase tu ramai angat selipar wa ckp lu..  Ok sorok2 sikit takut org curi . 'Padini Authentic ' je pun. Hehehe dalam hati tak pe Allah ada. kemudian jalan-jalan-jalan "ATIRAH!!"  Amagat, sape yg panggil aku nie ? toleh-toleh-toleh oooh makgat..rupanya baru nak bajet-bajet glamour kn. yg ni plak mak guard disiang hari, bukan mak guard di malam hari .Dia juz panggil sbb terharu tgk aku dtg terawih kat situ , nampak sgt ko tak pernah pergi situ sebelum ni kan tirah. heee practice..practice..

    Makgat siang hari memang sangat baik dengan aku. Sangat mengambil berat dan kami saling berteguh sapa dan bergurau senda. we are happy family.. buehehe. makgat ni dye part timer buat bubuh lambuk kat MKB during Ramadhan ni. cari side income katenye.Tambahnya lagi "Siang makcik part time guard dan jd cleaner dekat hostel kamu" Honestly sewaktu dia mencerita kan semua itu , hati aku dah start sebak. "makcik keje sini malam sampai esok pagi.. sebulan ni makcik dapat RM1000 " *muka dia sengih-sengih mcm malu-malu sbb dia rasa RM 1000 tu byk sgt. Bagi aku lah, dgn kerja mcm tu, kena korban masa ,korban tidur, korban dakap anak-anak dan suami di waktu malam, pagi-pagi jd cleaner lg mmg sgt tak berbaloi. Aku dah tau aku nak buat ape dgn makgat ni, Downline aku.. hehehe bg tau dia yg dia boleh dapat 10kali ganda dengan pengorbanan2 tadi tu.

   Habis cite pasal makgat, aku pun masuk lah ke dalam..MasyaAllah hebatnya suasana kat dalam ni, ramai org. Padahal tak cantik mana pun ,tapi keberkatan yg Allah turun kan tu yg mengaburi mata aku dari kesederhanaan masjid tu. Seriously aku cakap suasana tu nampak gah! . tak tahu nak gambar kan mcm mana. aku terus melangkah sahaja dan tiba-tiba rasa sejuk.. sejuk dan nyaman.. memanglah sbb air-cond berkuasa tinggi berjenama Panasonic tgh pasang kan. kemudian aku terus ambil tempat dan pakai telekung .sbb org dah start solat isyak. kau jgn nak brangan lelame kan. hehehe.

  selepas takbir diangkat ,terdengar lah suara imam membacakan surah al fatihah . MasyaAllah sekali lagi aku terpukau dgn suara tu. Suara Brother Fateh ke tu ? mcm nak gugur jantung wey . lunaknya suara itu membaca kalimah Allah. kalau betul mmg aku mintak sign dia punya la pun hadoi.



 


         
ups! blackout.. sambung ke part 2 ye


Thanks for reading this entry!