-->

Wednesday, July 17, 2013

Soalan yang tak kan dilupakan untuk Pok Cik & abang teksi

                                                                Assalamualaikum

Tak tahu nak mula macam mana sebab aku sedang dilanda kebuluran sbb pagi tadi tak bangun sahur.padan muka sape suruh tak bangun sahur. ok sebanarnya bukan nak cerita pasal tak sahur tapi nak cerita pasal pak cik teksi atau abang atau macha atau uncle singh ,apek dan sebagainya.nak dijadikan cerita  pagi tadi kami pergi ke kolej menaiki teksi. Hal ini kerana pak cik bus kolej yg sangat lambat dan selalu lambat dengan kejam nya membuat kami menunggu beliau dalam keadaan hujan. Sejujurnya aku dan kawan-kawanku bukan lah bajet nak jadi puteri sbb tak boleh tunggu lama.tetapi mereka masing-masing ada sebab yg tersendiri.aku pun sama juga. memang dari dulu aku memang tak boleh kena hujan . sbb nanti secara automatic kepala aku akan terasa sakit.sakit yang tak boleh ditahan.lain lah kalau kepala kita ni boleh dibuka dan direpair mana-mana tempat yg sakit tu kan.

aku dah banyak kali terkena dengan pemandu teksi yg tak bertauliah ni. setiap kali aku lupa je soalan ni aku akan kerugian . terpaksa bayar lebih daripada jumlah harga yg sepatutnya.

tira : pak cik PICOMS batu muda Gombak..

pak cik : (diam)

tira : koperasi polis?

pak cik : (diam)

tira : kolej islam ?

pak cik : (angguk-angguk)

sekali dah naik..... bukan main jauh lg dia bawa kami.. dak pak cik tak mengguna kan jalan yg selalunya kami lalu .

acik kawanku : pak cik tau tak jalan ..?

selepas berdolak dalih. dak pak cik belagak macam tau rupa-rupanya dia juga sedang confuse..
ok sembang lebat tak payah .. meter pun dah jalan dgn laju .makin mahal . kolej pusrawi tak nampak-nampak. sobsob. dak pak cik pun tak tau..  akhir sekali kami gunakan jalan alternatif yg lain. dan sesampainya ke destinasi kami turun dengan wajah yg seolah-olah dah tertelan julap.sbb kena bayar lebih.

So as conclusion.. if uolls pun nak naik teksi jangan lupa sebut perkataan ni: (*Pak cik tahu tak jalan nak ke sinun.. ) if tak puas hati lagi cakap macam ni (*pasti ye pak cik.. pak cik pasti pak cik tahu.?)
ngehngeh.. sungguh serius soalan begini kan. . huhuhu


P/S: thanks kerana sudi membaca :)




No comments :

Post a Comment